• Refleksi

    Definisi Refleksi

    Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100–101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesa, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan –cadangan bagi mencari jalan keluar. 


    Munurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.
    Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

    Peranan Refleksi

    Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.


    Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri.


    Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan.




    Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektifmembawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.




    Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal .



    Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:
     membuat penilaian kendiri
     berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
     menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
     melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
     mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
     mengubah tingkahlaku
 
Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon