RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KELAS PEMULIHAN KHAS
Matapelajaran :- Bahasa Malaysia
Kelas :- PEMULIHAN KHAS
Bilangan murid :- 4 orang
Tarikh :- 18.10.2011 (JUMAAT)
Masa :- 9.00-9.35 pagi (35 minit )
Tajuk :- 3. Prabacaan (Kenderaan)
Objektif :- Mengecam dan mengenal jenis kenderaan di darat, di air dan di udara
Hasil Pembelajaran :-
A) Menguasai pengetahuan
a.(Fakta / isi kandungan)
i- Mengenal jenis kenderaan di udara , di air dan di udara.
ii- Membezakan jenis kenderaan di udara , di air dan di udara.
iii- Menyebut jenis kenderaan di udara , di air dan di udara
b.(konsep / istilah)
i- Mengenal
ii- Membezakan
iii- Menyebut
B) Menguasai kemahiran
a. (Kognitif)
i- Mengenal pelbagai kategori kenderaan di air , udara dan darat
ii- Mengetahui fungsi kenderaan mengikut ketegorinya kepada manusia
iii- Mengenal bentuk kenderaan mengikut ketegorinya
b. (Psikomotor)
i- Memegang dan membelek alatan permainan kenderaan
ii- Murid menyebut ketegori kenderaan di kad gambar berdasarkan arahan guru.
iii-Menyanyi sambil melakukan pergerakan badan.
c. (Afektif)
i- Murid menyanyikan lagu dengan penuh riang gembira
ii- Murid gembira memegang alat permaian
C) Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif.
a. Murid mendengar dan mengikut arahan guru.
b. Menghormati dan bertolak-ansur antara rakan semasa aktiviti dijalankan
Tatabahasa :- Kata nama, kata kerja dan kata adjektif
Aspek bahasa :- fonologi, simantik dan sintaksis
Bahan bantu :- Kad gambar kenderaan , Power point jenis kenderaan , Power Point lagu Bapaku Pulang
Nilai :- ketelitian , keprihatinan , kesabaran dan kerjasama
Kemahiran berfikir :- Mengenal dan membezakan jenis kenderaan di darat , air dan udara
Pengetahuan sedia ada:- Murid telah mengenal beberapa jenis kenderaan di darat , air dan di udara.
Langkah/ Masa | Isi kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi (4 minit) | Rangsangan:- 1. Aktiviti bertanya khabar , mengeja serta menulis hari dan tarikh pada hari ini. 2. Melihat sebuah kotak rahsia. 3. Memilih salah satu jenis alat permainan kenderaan dari kotak rahsia itu. | 1. Guru bertanyakan khabar kepada murid-murid dan menyoal tarikh serta hari dan meminta seorang murid menulis di papan putih. 2. Guru menunjukkan sebuah kotak rahsia dan menyoal benda yang terdapat di dalam kotak itu. 3. Guru meminta seorang demi seorang murid ke hadapan dan meminta mengeluarkan salah satu benda yang terdapat di dalam kotak tersebut mengikut pilihan masing-masing. | 1. Seorang murid cuba menulis hari dan tarikh pada hari ini di papan putih. 2. Murid meneka benda yang terdapat di dalam kotak rahsia itu. 3. Murid memilih salah satu jenis kenderaan berada di dalam kotak itu mengikut pilihan sendiri, kemudian murid memegang dan membelek permainan kenderaan yang dipilih oleh masing-masing . | Strategi/Teknik:- - Soal jawab / menyoal - Latih tubi - Pemerhatian - Main peranan Bahan :- -Papan putih -Pen “White board” -Kotak besar -Pelbagai jenis alat permainan kenderaan Nilai:- -Keprihatinan -Bertolak ansur -Kesabaran |
Langkah 1 (4 minit) | Membaca dan bertutur:- 1. Memperkenalkan tajuk pelajaran. 2. Menyebut nama kenderaan berdasarkan alat permainan kenderaan yang di pilih oleh murid tadi. 3. Demostrasi cara kenderaan bergerak | 1. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini iaitu mengecam dan mengenal kenderaan di darat, di udara dan di air. 2. Guru meminta seorang demi seorang murid menunjukkan kenderaan yang dipilih oleh mereka dan menyebut nama kenderaan masing-masing. 3. Guru meminta murid menunjukkan cara kenderaan itu bergerak. | 1. Murid menyebut tajuk pelajaran hari ini. 2. Seorang demi seorang murid menyebut nama kenderaan yang dipilih masing-masing. 3. Murid menunjukkan cara kenderaan masing-masing bergerak. | Strategi/Teknik:- -Pemerhatian -Pandang dan sebut -Soal jawab -Cuba jaya -Demonstrasi Bahan :- -Alat mainan kenderaan Nilai:- -Keprihatinan -Menghormati |
Langkah 2 (6 minit) | Mengenal dan menyebut:- 1. Melihat dan menyebut jenis kenderaan mengikut kategorinya:- ● Kenderaan di darat ● Kenderaan di air ● Kenderaan di udara. basikal | 1. Guru menunjukkan satu persatu kategori kenderaan di power point sambil mengenal kenderaan itu:- ● Kenderaan di darat ● Kenderaan di air ● Kenderaan di udara 4. Guru meminta murid menyebut dan mengeja nama kenderaan berdasarkan gambar yang ditunjukkan di power point. | 1. Murid melihat kategori kenderaan di power point itu sambil mengenal kenderaan di darat, di air dan di udara. 2. Murid menyebut nama kenderaan sambil mengeja nama kenderaan itu | Strategi/Teknik:- -Pemerhatian -Pandang dan sebut -Penerangan -Mencungkil pendapat -Penyoalan -Cuba jaya Bahan :- -Gambar kenderaan di power point Nilai:- -Keprihatinan -Menghormati |
Langkah 3 (5 minit) | Padanan:- 1. Latihan padanan gambar kenderaan dengan kategorinya di power point. | 1. Guru meminta murid memadankan kenderaan dengan kategorinya yang betul:- | 1. Murid cuba memadankan kenderaan dengan kategorinya di power point. | Strategi/Teknik:- -Penyoalan - Pengamatan - Latih tubi -Pandang dan sebut Bahan :- -Gambar kenderaan power point Nilai:- -Kesabaran -Hormat –menghormati |
Langkah 4 (6 minit) | Latihan lembaran kerja:- 1. Latihan padanan gambar kenderaan dengan kategorinya di lembaran kerja. | 1. Guru meminta murid memadankan kenderaan dengan kategorinya yang betul di lembaran kerja masing-masing. | 1. Murid cuba memadankan kenderaan dengan kategorinya di lembaran kerja masing-masing. | Strategi/Teknik:- -Penyoalan - Pengamatan - Latih tubi -Pandang dan sebut Bahan :- -Gambar kenderaan power point Nilai:- -Kesabaran -Hormat –menghormati |
Langkah 5 (5 minit) | Ulang semula pengajaran:- 1. Sebut nama kenderaan dan kategori kenderaan itu :- ● Kenderaan di darat ● Kenderaan di udara ● Kenderaan di air | 1. Guru meminta murid menyebut semula nama kenderaan serta kategorinya berdasarkan pelbagai kad gambar kenderaan yang ditunjukkan oleh guru :- ● Kapal ● Kereta ● Motosikal ● Kereta api ● Sampan ● Helikopter ● Kapal terbang ● Kapal selam ● Basikal ● Sampan ● Bas | 1. Murid menyebut semula nama kenderaan berdasarkan pelbagai kad gambar kenderaan yang ditunjukkan oleh guru serta kategori kenderaan itu. | Strategi/Teknik:- -Penyoalan - Pengamatan - Latih tubi -Pandang dan sebut Bahan :- -Kad gambar kenderaan Nilai:- -Kesabaran -Hormat -menghormati |
Penutup ( 5 minit ) | Penghayatan - 1. Menyanyikan lagu “ Bapaku Pulang ” ♫ Bapaku pulang dari kota, Bapaku belikan kereta, Kereta kecil warna merah, Boleh kubawa ke sekolah. Pon, pon,pon (3 kali), Kereta kecil ku berbunyi, Marilah adik mari naik, Boleh kubawa jumpa nenek. 2. Nasihat serta penghayatan nilai murni semasa di jalan raya. 3. Pemberian “token” sebagai galakan belajar. | 1. Guru meminta murid berdiri untuk menyanyikan lagu “ Bapaku Pulang” serta melakukan pergerakan badan. 2. Guru memberi sedikit nasihat menjadi seorang pemandu yang baik di jalan raya. 3. Guru memberikan hadiah berupa gula-gula kepada semua murid . | 1. Semua murid bersama guru menyanyikan lagu “ Bapaku Pulang” sambil melakukan pergerakan badan. 2. Murid memberikan pandangan tentang cara pemanduan yang baik di jalan raya. 3. Murid menerima gula-gula masing-masing . | Strategi/Teknik:- -Nyanyian -Soal jawab -Kemahiran befikir Bahan :- -Power point lagu Bapaku Pulang -“Token” berupa gula-gula. Nilai:- -Kerjasama -Mendengar arahan |
REFLEKSI MAKRO-PENGAJARAN
5.1 PENGENALAN
Refleksi merupakan salah satu daripada kemahiran mikropengajaran. Menurut Dewey (1933), kemahiran membuat refleksi merupakan proses berfikir secara aktif, berterusan, dan teliti bertujuan menyelesaikan isu atau masalah dengan mengambil kira kepercayaan, pengetahuan, dan dasar yang menyokongnya. Justeru, membuat refleksi merupakan proses muhasabah diri sendiri dengan tujuan menambah baik amalan pengajaran setiap guru ,selepas sahaja sesi pengajaran dijalankan.
Refleksi yang akan saya terangkan di sini berdasarkan pengajaran yang telah saya jalankan dan di rakamkan pada 18.11.2011 oleh Guru Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Papan. Pada pengajaran ini , saya telah mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia, bertajuk “Mengecam Dan Mengenal Pelbagai Jenis Kenderaan Di Darat, Di Udara Dan Di Air”. Saya mengajar murid di kelas Pemulihan Khas dan murid yang terlibat seramai 4 orang sahaja dalam sesi pengajaran ini. Ini kerana kepelbagaian masalah yang di hadapi oleh setiap murid adalah berbeza-beza antara seorang murid dengan murid yang lain. Saya memperuntukkan selama 30 minit dan rancangan pengajaran saya merangkumi set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3, langkah 4, langkah 5 serta penutup. Kesimpulannya apa yang dapat dilihat dari hasil pengajaran saya, ianya telah berjalan dengan baik dan lancar di mana semua murid memberikan kerjasama dan menunjukkan minat semasa melakukan beberapa aktiviti. Melalui aktiviti pengajaran ini juga , murid di dedahkan dengan kenderaan di darat , di udara dan di air serta tahu cara menghormati rakan serta mendengar arahan guru.
Sememangnya adalah menjadi tugas setiap guru untuk menyampaikan isi pelajaran kepada setiap murid dan apa yang diharapkan adalah keberkesanan penyampaian isi pelajaran itu. Namun adakah pengajaran yang dilakukan itu berkesan dan murid dapat belajar sesuatu dari hasil pembelajaran itu? Antara yang boleh di lihat untuk melihat sejauh mana pengajaran yang saya lakukan ini berkesan, atau berjayakah atau tidak, ia boleh diukur dengan melihat beberapa sudut persoalan .
5.2 ADAKAH OBJEKTIF PENGAJARAN INI TERCAPAI ? BAGAIMANA MENGETAHUINYA?
Pada pendapat saya objektif pengajaran saya iaitu “Mengecam dan mengenal jenis kenderaan di darat, di air dan di udara” telah menepati isi pelajaran yang saya sampaikan kepada murid-murid saya. Keseluruhannya isi pelajaraan yang merangkumi set induksi hinggalah penutup membolehkan objektif pengajaran saya dapat di capai. Apa yang dapat di lihat , murid menerima pengajaran saya dan memahami maklumat yang di sampaikan kepada mereka. Tidak dilupakan juga dengan mengambilkira teknik kemahiran mikropengajaran yang telah saya pelajari, seperti teknik memulakan pengajaran, mencungkil idea, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilutrasi dengan contoh serta menutup pengajaran sedikit sebanyak telah melancarkan perjalanan sesi pengajaran ini. Cumanya di sini , kesemua kemahiran itu, saya selarikan dengan tahap kebolehan murid saya . Dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan iaitu latihan lembaran kerja, saya mendapati keselurhan murid telah menjawab soalan padanan dengan tepat sekali. Selain itu , setiap penyoalan yang diajukan menampakkan murid saya memahami pengajaran yang dijalankan kerana mereka dapat menjawab soalan dengan baik. Selain mengenal kategori kenderaan itu, murid juga dapat membezakan serta dapat menyebut kesemua kenderaan itu dengan baik. Selain itu di terapkan juga bagaimana kenderaan itu bergerak, fungsi kenderaan itu kepada manusia, serta mengenal bentuk setiap kenderaan itu secara umum. Kesimpulannya dari sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid saya faham dan kenal kategori kenderaan di darat, kenderaan di air serta kenderaan di udara yang menjadi fokus kepada pengajaran saya kali ini.
5.3 ADAKAH MELIBTAKAN MURID SECARA PRODUKTIF / AKTIF? BAGAIMANA?
Tumpuan yang diberikan keseluruhan murid terhadap pengajaran saya juga amat baik dan murid dapat memberikan kerjasama dan memberi tumpuan terhadap semua aktiviti yang dijalankan mengikut arahan guru. Bagi saya semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku, penglibatan keseluruhan kelas dalam ke semua aktiviti yang dijalankan amat penting agar tumpuan murid dapat difokuskan kepada pengajaran cikgu sepenuhnya, dan di sini saya telah mencuba sedaya upaya agar murid saya dapat melibatkan diri secara produktif. Keseluruhannya murid saya, telah melibatkan diri secara produktif terhadap kesemua langkah pengajaran sehingga sesi penutup, Penglibatan dalam pengajaran yang dijalankan ini termasuklah sentiasa merebut peluang untuk menjawab soalan yang diajukan, keduanya murid dapat menjawab soalan dan ini juga menunjukkan mereka telah memberi tumpuan pada pengajaran yang disampaikan, ketiganya semasa aktiviti menyanyikan lagu , aktiviti mengeja serta membaca perkataan dan sebagainya , mereka bersama-sama menjalankan aktiviti mengikut kehendak guru. Kefahaman dan input yang diterima setiap murid ini menunjukkan tumpuan telah diberikan kerana sekiranya tiada tumpuan terhadap pengajaran guru, berkemungkinan setiap soalan yang di ajukan oleh guru tidak dapat di jawab dengan baik dan mungkin murid akan terpinga-pinga apabila diajukan soalan.
5.4 ADAKAH RANCANGAN PENGAJARAN DIUBAH SEMASA PENGAJARAN? MENGAPA?
Keseluruhannya isi pelajaran yang telah dijalankan ini, telah mengikut ketetapan yang di rancangkan berdasarkan langkah-langkah pengajaran sehinggalah penutup pelajaran. Untuk langkah set indusi sehinggalah penutup pengajaran pelbagai kemahiran diterapkan. Namun Begitu saya terpaksa mengubah penutup saya semasa pengajaran. Oleh kerana saya mengambil masa yang terlalu lama di langkah – langkah yang terdahulu saya tidak mencukup masa untuk menjalankan langkah penutup. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian saya membuat perancangan untuk membuat nyanyian di penutup. oleh kerana masa tinggal hanya beberapa minit saya menukar penutup saya untuk membuat kesimpulan pengajaran.
5.5 BANTUAN TAMBAHAN, SOKONMGAN ATAU SUMBER-SUMBER LAIN DAPAT MEMPERTINGKATKAN LAGI PENGAJARAN?
Bagi memantapkan pengajaran saya , penggunaan bahan bantu pengajaran amat penting bagi membantu meningkatkan kefahaman murid. Penggunaan alat bantuan tambahan atau sokongan untuk membantu pengajaran adalah bertujuan untuk memudahkan komunikasi guru dengan murid, merangsang pemikiran murid , mencuri perasaan dan perhatian , menarik minat agar berlakunya pembelajaran oleh murid dan sebagainya. Bahan-bahan bantu pengajaran yang di gunakan dalam sesi pengajaran ini, adalah saya menggunakan pelbagai alat perminan kenderaan, penggunaan teknik ‘power point’ kategori kenderaan, pelbagai kad bergambar kenderaan, lembaran kerja. Penggunaan teknik power point amat membantu pengajaran saya dan ternyata murid amat teruja dan seronok. Selain itu penggunaan pelbagai gambar kenderaan yang di simpan di dalam fail komputer saya memudahkan saya untuk membuat lembaran kerja. Saya hanya memuat turun gambar kenderaan itu ke soalan yang saya rancangkan. Ini dapat menutup kelemahan saya yang tidak mahir melukis. Kesimpulannya saya menggunakan bahan-bahan ini dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan serta membantu mempertingktakan mutu pengajaran. Bahan –bahan seperti penggunaan komputer pula ditayangkan kepada murid-murid dengan menggunakan LCD dan dipancarkan ke skrin dan dapat dilihat oleh keseluruhan kelas. Selain itu, penggunaan alat mainan kenderaan pula, selari dengan isi pelajaran dan peringkat umur mereka yang masih lagi berkeinginan untuk bermain serta dapat menarik perhatian mereka. Kejutan yang dibuat oleh guru sebagai contoh saya meminta semua murid meneka apa yang terdapat di dalam kotak (berisi alat mainan kenderaan) serta meminta murid memilih sendiri alat mainan kenderaan mengikut kesukaan masing-masing menambahkan lagi keseronokan dan minat murid untuk meneruskan sesi pembelajaran ini. Keseluruhannya bahan bantu sokongan amat penting dalam pengajaran dan menyokong serta membantu terhadap penyampaian isi pelajaran saya.
Selain itu, pada pendapat saya untuk mempertingkatkan pelajaran ini lagi di masa akan datang, saya ingin menggunakan teknik visual bergerak . Contohnya saya boleh mendapatkan visual tentang tempat-tempat kenderaan itu berada misalnya gambar feri di laut, melihat kapal-kapal nelayan menangkap ikan di laut, kereta api di landasan kereta api , pergerakan kapal terbang mendarat dan berlepas semasa di lapangan kapal terbang dan sebagainya. Visual ini boleh memberi peluang kepada murid untuk membandingkan imej yang dipaparkan dengan maksud lisan yang sedang di sampaikan oleh guru. Selain itu visual ini juga boleh berperanan untuk memotivasikan murid dengan menarik serta mampu mengekalkan perhatian mereka dengan penuh minat kepada pengajaran guru seterusnya.
5.6 SEKIRANYA BERPELUANG UNTUK KUMPULAN MURID YANG SAMA, APAKAH PERBEZAANNYA? MENGAPA ?
Sekiranya saya berpeluang untuk mengajar kumpulan yang sama , sedikit perbezaan langkah pengajaran akan ditukarkan. Saya cadangkan ingin membuat pengajaran secara koperatif di mana saya akan pecahkan murid-murid ini kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kenderaan di darat, kenderaan di air dan kenderaan di udara. Setiap kumpulan di ketuai oleh seorang murid yang boleh membaca dan mengeja . Ini penting untuk membantu serta membimbing rakan-rakan mereka dalam mandapatkan jawapan. Pengajaran ini berbentuk pertandingan dan pemberian token / hadiah akan diberikan kepada pemenang. Dalam rancangan aktiviti ini saya akan meminta murid menyenaraikan nama kenderaan mengikut kategori masing-masing. Walaupun nampak mudah tetapi banyak kemahiran yang dapat diterapkan di sini. Di sini fokus utama saya adalah untuk mengetahui kefahaman mereka terhadap pengajaran lalu di samping menambah isi pelajaran baru. Seterusnya matlamat saya adalah untuk mengetahui tahap kemahiran mengeja dan membaca setiap murid ini. Nilai dalam aktiviti ini pula, murid dapat bekerjasama mencari jawapan, di mana murid yang pandai membantu murid yang kurang mahir . Murid dapat menghormati antara murid lain dan sebagainya. Seterusnya jawapan yang diperolehi itu, akan dibincangkan bersama-sama pada langkah seterusnya. Setiap kumpulan akan di panggil ke hadapan kelas dan menulis semula jawapan yang diperolehi serta setiap kesalahan ejaan akan di perbetulkan segera.
0 comments: