• Pendidikan Seni (Tahun 3)


    Rancangan Pengajaran Harian
    Mata pelajaran                        :  Pendidikan Seni
    Tarikh                                      :  15.9.2011
    Masa                                       :  10pg – 10.30pg ( 30 minit )
    Kelas                                       :  3nallar
    Bilangan pelajar                      :  9 orang
    Tajuk                                       :  Kertas pembalut hadiah 
    Objektif umum                                    :  Murid dapat mengetahui corak terancang.
    Objektif Khusus                      :  Pada akhir pelajaran, murid dapat :
                                                        i)  mengolah dan menggunakan teknik gosokkan untuk
                     menghasilkan corak yang menarik          
                                                       ii)  mempertingkatkan daya kreatif dalam menghias dan  
                                                           rekaan corak
                                                      iii)  menyedari, menghargai dan mengetahui hasil kerja
                                                           sendiri
    Alat bantu mengajar                :  Kertas lukisan, krayon, surat khabar, kad manila, bentuk
                                                       hati
    Pengetahuan sedia ada          :  Murid-murid pernah melihat kertas pembalut hadiah.
    Nilai                                         :  Tolong-menolong, kebersihan diri dan kebersihan kelas
    Rujukan guru                          :  Akses Pembelajaran Masteri Pendidikan Seni Visual
    Rujukan murid                                    :  Contoh hasilan guru




    Langkah Pengajaran
    Set Induksi ( 2 minit )
    -Guru menanya sama ada murid hari jadi pada hari ini. Hari ini hari jadi Nicole. Guru meminta murid menyanyi lagu Selamat Hari Jadi kepada Nicole. Murid-murid juga mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Nicole.
    -Guru menerangkan tajuk yang akan diajar pada hari ini.
    ( Kertas pembalut hadiah melalui teknik gosokkan )

    Langkah 1 ( 2 minit )
    -Guru menerangkan konsep menghasilkan kertas pembalut hadiah dengan corak terancang.

    Langkah 2 ( 3 minit )
    -Guru menerangkan cara menjalankan aktiviti tersebut dan membuat demonstrasi kepada murid-murid.
    -Guru menjalankan demonstrasi cara menghasilkan corak dengan teknik gosokkan.
    -Guru menerangkan tentang cara gosokkan pada kertas lukisan.

    Langkah 3 ( 3 minit )
    -Guru mengedarkan kad bentuk hati kepada murid-murid.
    -Murid mewarnakan sisi bentuk hati dengan krayon.
    -Murid menggosokkan sisi yang telah diwarnakan dengan tisu secara perlahan-lahan.

    Langkah 4 ( 15 minit )
    -Murid menghasilkan kertas pembalut hadiah dengan corak terancang.
    -Guru membimbing murid menghasilkan kertas pembalut hadiah mengikut idea sendiri.
    -Murid yang sudah menyiapkan hasilan menolong murid yang duduk sebelah menghasilkan kertas pembalut hadiah. Murid mengamalkan nilai tolong-menolong.

    Pengukuhan ( 2 minit )        
    -Murid dibenarkan menggunakan pelbagai warna dalam satu bentuk.
    -Guru menanya murid apakah corak dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan corak kertas pembalut hadiah.
    ( corak terancang dengan teknik gosokkan )

    Penilaian ( 3 minit )
    -Guru memilih beberapa orang murid untuk menunjukkan hasil kerja.
    -Guru meminta murid memberi respon dan menceritakan tentang hasilan tersebut.
    -Murid mengemas tempat masing-masing.
    -Guru menerapkan nilai kebersihan diri dan kebersihan kelas.



    REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN

    SET INDUKSI

    KEKUATAN

    Kemahiran set induksi merupakan kemahiran yang dimiliki oleh guru ketika memulakan pengajaran. Tujuan set induksi untuk menarik kesediaan murid untuk mengikuti pembelajaran. Guru melaksanakan set induksi dengan bermakna dan menarik minat murid serta mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan.
    Guru mengaitkan pengalaman lepas murid yang pernah menghadiri Hari Jadi kawan dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan. Dengan ini, suasana kondusif untuk belajar dapat diwujudkan dan dapat membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.
    Aktiviti set induksi dengan lagu Selamat Hari Jadi dapat menarik minat dan perhatian murid. Dengan menggunakan teknik nyanyian, murid dapat belajar secara lebih aktif dan cerdas. Selepas itu, guru menanya murid bahawa benda yang dihadiahkan kepada kawan semasa menghadiri hari jadi kawan. Murid boleh memberi jawapan yang betul dengan menjawab hadiah. Kebanyakan murid sangat aktif untuk menjawab soalan yang disoalkan oleh guru.
    Guru menerangkan tajuk yang disampaikan iaitu kertas pembalut hadiah melalui teknik gosokan. Teknik gosokan dengan corak terancang merupakan teknik yang baru dipelajari murid untuk menghasilkan corak yang menarik. Murid amat berminat untuk menghasilkan kertas pembalut hadiah dengan rekaan sendiri.

    KELEMAHAN
    Semasa guru menanya murid soalan bahawa apakah benda yang diberikan kepada kawan semasa menghadiri hari jadi kawan. Murid boleh memberi jawapan yang betul dengan menjawab hadiah. Kebanyakan murid sangat aktif untuk menjawab soalan yang disoalkan oleh guru tanpa mengangkat tangan. 


    Murid yang pasif tidak melibatkan diri dengan menjawab soalan. Kemungkinan murid lemah dalam Bahasa Malaysia dan tidak mengetahui menjawab soalan yang disoalkan oleh guru.
    Selain itu, suara murid-murid bacaan dari kelas di sebelah dapat didengar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini telah mengganggu murid untuk menumpukan perhatian dalam kelas.
    Guru selalu menggunakan Bahasa Ibunda semasa pengajaran dan pembelajaran. Pada hari ini, guru menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran. Oleh sebab itu, terdapat beberapa kesalahan tatabahasa yang digunakan oleh guru. 
    Rakan sejawat saya, Cikgu Saravanan memberi pendapat bahawa set induksi boleh menggunakan cara yang lebih menyeronok dan menarik perhatian murid dengan menyiarkan lagu Selamat Hari Jadi melalui radio atau komputer.

    LANGKAH MENGATASI

    Kebanyakan murid sangat aktif dengan menjawab soalan yang disoalkan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Guru harus menerangkan peraturan sebelum menanya murid soalan dan mewajibkan murid mematuhi peraturan. Murid mesti mengamalkan sikap mengangkat tangan sebelum menjawab soalan atau menanya soalan. Oleh yang demikian, murid dapat mengamalkan nilai berdisiplin. Guru memanggil nama murid menjawab soalan untuk mengawal disiplin di bilik darjah dengan baik. Disiplin di bilik darjah sangat penting supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan dapat ditingkatkan. Murid-murid menjadi lebih produktif.
    Murid yang pasif tidak melibatkan diri dengan menjawab soalan. Murid yang pasif berasa malu, rendah diri atau tidak suka mengemukakan pendapat juga merupakan faktor. Guru boleh memanggil nama murid dengan menggalakkan murid berani menghadapi masalah. Kemungkinan murid lemah dalam Bahasa Malaysia dan tidak mengetahui menjawab soalan yang disoalkan oleh guru. Guru menggalakkan murid banyak membaca buku cerita dan buku rujukan supaya menambah ilmu pengetahuan serta penguasaan Bahasa Malaysia dapat ditingkatkan. Selain itu, guru berkomunikasi dengan murid menggunakan Bahasa Malaysia kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan.


    Pihak sekolah boleh mengadakan minggu Bahasa Malaysia yang disertai oleh semua murid dan guru pada setiap hari Isnin. Selepas perhimpunan, kelas yang dipilih dikehendaki membaca cerita di atas pentas. Secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Malaysia dan memupuk minat murid belajar dalam Bahasa Malaysia. Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia, guru harus bertutur dalam Bahasa Malaysia semasa mengajar murid pada waktu Bahasa Malaysia. Ini akan mewujudkan suasana yang baik bagi murid belajar Bahasa Malaysia dan akan membiasakan murid bertutur, mendengar dan membaca dalam Bahasa Malaysia.
    Suara murid-murid bacaan dari kelas di sebelah dapat didengar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini telah mengganggu murid untuk menumpukan perhatian dalam kelas.  Guru harus menggunakan teknik yang lebih menarik minat murid dalam pembelajaran. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan teknik bercerita, teknik permainan, teknik latih tubi, teknik soal jawab, teknik main peranan dan sebagainya. Dengan ini, cara yang mudah dapat menyampaikan isi pelajaran.  
    Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan mestilah secara kreatif agar murid dapat memperoleh pengalaman yang berguna. Sebelum menjalankan pengajaran, guru mesti merancang pengajaran dengan baik dan berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran. 
    Guru selalu menggunakan Bahasa Ibunda semasa pengajaran dan pembelajaran. Pada hari ini, guru menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran. Terdapat beberapa kesalahan tatabahasa yang digunakan oleh guru.  Oleh sebab guru tidak biasa menggunakan Bahasa Malaysia dalam pengajaran, maka timbullah kesalahan tatabahasa.
    Guru harus membuat persediaan yang rapi sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru harus menjadi teladan yang baik bagi murid menambah baik serta berusaha untuk menguasai penggunaan Bahasa Malaysia supaya dapat mencapai objektif pembelajaran di kelas. Guru juga wajar banyak membaca bahan bacaan Bahasa Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan diri dari semasa ke semasa dan mengaplikasikan ilmu dalam pengajaran. Dengan ini, guru dapat menjadi guru Bahasa Malaysia yang berkualiti.
    Guru  boleh memainkan lagu Selamat Hari Jadi melalui komputer dan meminta murid yang hari jadi pada hari ini tampil ke depan kelas. Murid-murid menyanyi mengikut lagu diiringi muzik yang dimainkankan melalui komputer secara kelas. Murid menyanyi bersama-sama guru sambil bertepuk tangan. Melalui teknik nyanyian, murid lebih berminat dan seronok dalam pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat dicapai dengan pembelajaran yang menarik.


    Dengan adanya refleksi selepas pengajaran, saya yakin pengajaran dan pembelajaran akan bertambah baik dan memfaedahkan murid. 





0 comments:

Post a Comment

 
Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon