• Pendidikan Seni (Tahun 1)



    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    Mata Pelajaran             : Dunia Seni Visual
    Darjah                           : 1 Merah
    Bilangan Murid            : 15 orang
    Tarikh                           : 10 November 2011
    Masa                             : 30 minit
    Tajuk                           : Membuat Corak dan Rekaan
    Hasil Pembelajaran       : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
    a.       Mengenal dan menyata jenis-jenis media.
    b.       Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
    c.        Bekerjasama antara satu sama lain.
    Media                           : Alat : CD dan pemain DVD.
                                           Bahan : Kertas lukisan, krayon dan contoh-contoh corak bermotif huruf.
    Nilai                             : Patuh kepada arahan, memberi perhatian, menghormati dan berkreatif.
    KBKK                         : Mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang ada pada
       karya seni.
    Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mengetahui warna dan huruf-huruf ABC.


    Langkah
    Aktiviti Pengajaran ( Guru)
    Aktiviti Pembelajaran ( Murid)
    Catatan
    Set Induksi
    ( 2 min )
    1.       Guru meminta murid menyanyikan lagu ‘ABC’ dengan iringan muzik.
    2.       Guru mengemukakan tajuk hari ini – Corak Motif Huruf.

    1.       Murid menyanyi lagu ‘ABC’ dengan iringan muzik.
    Alat : CD, Pemain DVD


    Nilai : memberi perhatian
    Langkah 1
    ( 10 min )
    1.       Guru menunjukkan contoh-contoh corak bermotif huruf kepada murid. (Lampiran 1)
    2.       Guru berinteraksi tentang unsur garisan, warna, rupa, imbangan dan konta.
    3.       Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik lukisan.
    4.       Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak teknik lukisan.

    1.       Murid memerhatian contoh-contoh corak bermotif huruf.
    2.       Murid menyatakan satu huruf yang paling disukai oleh mereka.
    Contoh-contoh corak bermotifkan huruf
    Langkah 2
    ( 13 min )
    1.       Guru membimbing murid menjalankan aktiviti mencorak dengan teknik lukisan.

    1.       Murid menghasilkan corak teknik likisan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

    Langkah 1:
    Sediakan kertas lukisan dan krayon.

    Langkah 2 :
    Tuliskan huruf yang dipilih secara berulang dengan menggunakan pelbagai warna.

    Bahan : kertas lukisan, krayon



    Nilai : berkreatif, patuh kepada arahan
    Penutup
    ( 5 min )

    1.       Murid-murid mempamerkan hasil kerja. (Lampiran 2)
    2.       Murid-murid menceritakan hasil karya sendiri dan rakan-rakan.

    Nilai : menghormati
     REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
                Saya telah menjalankan makropengajaran pada 10 November 2011. Subjek yang saya ajar ialah Dunia Seni Visual Tahun 1. Selepas saya menjalankan makropengajaran saya selama 30 puluh minit. Saya telah mengesan beberapa kelebihan dan kelemahan saya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

    3.1. KEKUATAN DAN KELEBIHAN
                Saya menggunakan lagu “ABC” sebagai set induksi saya. Murid-murid dapat menglibatkan diri untuk menyanyi bersama tepukan tangan. Saya menunjukkan hasil karya saya untuk memberitahu anak murid saya tugas hari ini. Murid akan lebih memahami semasa saya menjalankan pengajaran saya. Saya memanggil beberapa orang murid untuk memberi huruf abjad.  Contoh huruf abjad yang murid bagi ialah ‘A’, ‘P’, ‘O’, ‘a’, ‘b’ dan lain-lain lagi.
                Selepas pengajaran saya, murid pun mula membuat tugasan mereka. Berdasarkan rakaman yang telah saya rakam, saya mendapati murid-murid saya pun melibatkan diri dengan kreativiti mereka untuk membuat corak.
                Penglibatan murid adalh amat penting bagi menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan ini dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pembelajaranya. Sebagai seorang guru harus mengajar meliputi aktiviti memotivasikan murid-murid supaya bersedia belajar, menyampaikan isi pelajaran, membimbing  murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, mengurus murid-murid supaya mereka mempunyai disiplin diri,menggerakan murid-murid dengan aktiviti soal-jawab supaya mendapat gerak balas mereka dan interaksi yang positif, membimbing murid menjalankan aktiviti pengukuhan, memberi peneguhan dan menutup pelajaran dengan teknik yang sesuai supaya mendapat pengulangan tingkah laku yang positif pada masa kelak.
               



    3.2. KELEMAHAN  DAN KEKURANGAN
                Dalam proses makropengajaran, saya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan dan kekurangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada hari ini.
                Kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan makro pengajaran ialah aktiviti yang dirancangkan oleh saya bagi langkah 1 ini kurang memahami. Saya menggunakan Bahasa Melayu untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya. 8 orang daripada 15 orang murid kurang faham sebab pengajaran ini kali ialahkali pertama saya menggunakan Bahasa Melayu untuk mengajar subjek Dunia Seni Visual.  Tahap penguasaan Bahasa Melayu murid-muridbagi kelas ini agak lemah. Saya terpaksa menggunakan Bahasa Cina (Mandrin) untuk membuat penjelasan supaya dapat meningkatkan kefahaman mereka dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Kebanyakkan murid saya dating dari keluarga yang sederhana. Mereka berkomunikasi dengan ibu bapa mereka dengan Mandrin atau “dialek” sahaja. Mereka kurang menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, masa yang saya rancang berlainan dengan proses pengajaran dan pembelajaran mengajar di dalam kelas. Akhir sekali, saya mendapati hasil karya murid adalah sama iaitu becorak huruf ‘a’ dan ‘b’. Manakala  2 orang murid pula tidak sempat menghabiskan hasil karya mereka dengan masa yang ditentu.

    3.3. LANGKAH MENGATASI
                 Guru merupakan pembimbing atau penasihat yang arif dan berpengalaman seseorang dalam bidang tertentu. Di dalam bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah pembelajar serta masalah sosio-emosi. Oleh itu, selain mengajar, guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu murid-murid mengatasi  masalah yang mereka hadapi.
                Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran perlu dibaiki dan ditambahbaikan untuk meningkatkan dan menjaminkan kualiti dan mutu pengajaran pada masa akan datang.
                Antara penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam makropengajaran ialah mempelbagaikan kaedah atau cara penyampaian isi pelajaran dalam bilik drjah. Dalam makropengajaran kali ini, saya mendapati aktiviti yang dirancang oleh saya kurang menarik. Saya patut menyediakan Power Point untuk menarik dan menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Dari segi media pula, saya patut membuat persediaan awal. Dalam set induksi, sepatutnya nyanyian lagu  “ABC” diiringi oleh radio, tetapi hari itu radio tidak berfungsi. Bahan membantu mengajar pula, saya patut menyediakan langkah-langkah untuk memperkuatkan kefahaman murid.

1 comments:

Post a Comment

 
Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon